(: jom jadi sahabat MAWAR :)

jom turun~

jom turun~

Wednesday, June 26, 2013

Mula sekali lagi.

Bismillah. Assalamualaikum.

Sudah lama blog ini tidak diupdate. Rasa serba salah pula kerana dahulu saya yang beria-ia meminta pada kak lah (fadlillah) untuk menjadi salah seorang penilis di blog ini.

Namun sempat satu artikel sahaja saya tulis separuh jalan, kemudian terus sahaja saya tinggalkan. Terasa sumbang rentak ingin menulis. Astaghfirullah, ia nilai konsistensi yang perlu dipasak oleh kehendak yang kuat dan bersungguh, bukannya sekadar main2 dan didasari semangat sahaja.
 

InshaaALLAH moga permulaan kembali ini diredhai ALLAH dan bertunjangkan niat yang lurus, inshaaALLAH.

Terlalu banyak rasanya ilmu yang telah dikongsi di teratak ini (bunyinya macam kayu gituu), namun alangkah rugi jika ia tidak direkodkan. Paling tidak, moga laman ini boleh menjadi 'buku catatan' buat ilmu-ilmu berguna yang telah ALLAH izinkan dikongsi ketika pertemuan kecil kami.

InshaaALLAH moga perkongsian-perkongsian ini bermanfaat buat semua. Sila beri teguran jika ada sebarang kesalahan. Yang menulis ini juga manusia yang lemah di sisi Tuhannya. Ada begitu banyak kelamahan dan jiwa ini sentiasa mengharap panduan serta teguran.

Sekarang kita sudah beranjak ke 18 Sya'ban.

Kita masih meniti hari, dalam perjalanan menuju ke madrasah Ramadhan. Moga langkah ini sampai ke sana, moga ALLAH izinkan diri kita yang kerdil ini sampai ke madrasah Ramadhan dan memanfaatkannya sebaik mungkin untuk kebaikan dunia akhirat. Kami mohon padaMU ya ALLAH Yang Maha Agung..

Hari ini, 26/6/2013 (Rabu), kami membincangkan mengenai kemunculan dajjal, yakjuj makjuj, beberapa peristiwa akhir zaman serta yang paling penting bagaimana persediaan untuk menghadapinya.

Kami berkongsi sekadar ilmu yang kami yakini. Ia tidak terlalu mendalam, namun inshaaALLAH kefahamannya tidak lari.

Ada rakan yang berkongsi mengenai kemunculan dajjal, dan diimbangi pula oleh rakan lain yang berkongsi doa bagi memohon pada ALLAH Yang Maha Berkuasa supaya terhindar daripada fitnah dan kejahatan dajjal.

Subhanallah, saya memandangnya sungguh indah. Bukankah ia satu bentuk perkongsian yang sangat harmoni?

Saling berkongsi cerita dan bertukar pandangan, yang akhir titik temunya mengajak kita kembali kepada pengabdian pada ALLAH Yang Esa.

Allahuakbar. Kami berharap agar kami sentiasa berada di atas jalan yang lurus dan berlumba2 untuk mengejar kecintaanmu, Ya Rahman.


Biarlah 'teratak' ini menjadi tempat yang paling kami rindui setelah kami meninggalkan tempat ini! 


Akhir kalam, terimalahh....!!!!!










*First time tau guna pandai guna aplikasi 'paint' buat pertama kalinya seumur hidup.
 Istimewa buat teratak ini, percubaan pertama itu diguna untuk melukis hati (love) pada gambarnya..
 (sila jangan ketawa dan mencebik ya.hihi..) (^_^)




No comments:

Post a Comment