Kesilapan dan kelalaian diri ditambah dengan faktor sekeliling yang tidak menentu keadaannya,membuatkan saya lebih menghargai nilai maruah diri. Apa yang penting kita harus sama- sama muhasabah diri kita.

M : MARUAH letaknya dimuka kerana itu orang akan menutup muka apabila malu.
A : AURA yang baik akn membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.
R : REPUTASI mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai dipijak orang.
U : UNGKAPAN orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar, maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan kata- kata, mereka yang suka bermain dengan kata- kata dan tidak mengotakannya, jatuh dalam golongan orang tidak bermaruah kerana membuatkan orang tidak mempercayai kata- katanya sendiri. Jadi, jangan sekali- kali mungkir janji dan mengeluarkan kata tanpa usul periksa.
A : ANGGAPAN masyarakat mencerminkan maruah diri kita. Jadi, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak terpesong.
H : HARGA diri tidak boleh dijual beli dan ia lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.
Sumber: Petikan buku M.E.P.S Concept - Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul; Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlin
No comments:
Post a Comment