(: jom jadi sahabat MAWAR :)

jom turun~

jom turun~

Monday, December 21, 2009

Antibodi+Antibiotik=Mantop

Tajuk ini berkaitan dgn hijrah... hijrah tu berlaku bila ada 7 perkara ni.Sebelum tu, 2 cabang ni perlu ada iaitu ANTIBODI dan ANTIBIOTIK. Kenapa ada unsur kedoktoran pula ni? Ni hanya perumpamaan yang ustaz ni gunakan supaya pendengar lebih mudah faham bagaimana kita nak sedar yang proses penghijrahan ada berlaku dalam diri individu.

ANTIBODI diumpamakan sebagai dalaman kita, ANTIBIOTIK pula kontranya, iaitu luaran (faktor luar yang mempengaruhi hijrah diri kita). Antara ANTIBODI dan ANTIBIOTIK, yang mana perlu kuat? Jawapannya mudah, mestilah antibodi sebab sekuat mana pun antibiotik yang disuntik, setinggi mana pun gred yang disuntik, sehebat mana pun ustaz yang beri ceramah, kalau antibodi sendiri tak kuat, kalau diri sendiri tak nak berhijrah, semua tu takkan berhasil.



7 perkara yang perlu ada supaya ANTIBODI kita cukup kuat:
1-
Cinta Allah Taala
Yang bermaksud kita buat apa yang Allah suka dan tinggalkan apa yang Allah benci.

2-
Cintakan Nabi S.A.W
Bagaimana nak cintakan Nabi?Apa maksud cinta? Cinta tu suka...kalau kita sukakan si polan ni, kita petik suis nampak muka dia, kita pandang nasi terbayang wajah dia. Begitu juga dengan Nabi Muhammad,kita jalan teringat dia. Tapi macam mana,kita kan tak pernah tengok wajah nabi? Ye, tapi nabi telah meninggalkan 2 perkara yang boleh membuatkan kita sentiasa ingatkan Nabi iaitu Al-Quran dan Hadis. Insyaallah.

3-
Cintakan agama...bila hati cintakan Islam,masa terlalu singkat buat kita kerana gerak kerja Islam terlalu banyak menanti kita.

4-
Cintakan akhirat...bila ingat akhirat, dada terasa lapang. Dunia hanya tumpangan, akhirat tempat penilaian.

5-
Cintakan Orang Islam...inni akhafullah.

6-
Cintakan kebaikan
Tanda orang budiman ialah dia akan rasa gembira dapat berbuat kebaikan kpd orang lain dan dia akan malu jika menerima kebaikan orang lain. Jangan menilai seseorang dari sudut peribadi, tetapi lihat apa yang dicakapkan bukan lihat siapa yang bercakap.

7-
Cinta kepada ilmu
Ilmu datang dalam pelbagai sumber, ada media spt tv, buku, majalah, komik dan banyak lagi. Ilmu tidak datang kepada 2 hal iaitu kepada
si pemalu dan si takabbur.

Selama ni,dimana kesilapan kita, dimana kesilapan saya? Mana yang kurang? Kalau antibodi kuat ditambah dengan antibiotik sedikit demi sedikit, insyaallah, badan kita jadi mantap. Yang perlu diperkaya, diperbaiki adalah ANTIBODI kita, barulah boleh disuntik dengan ANTIBIOTIK.

Sekuat mana pun antibodi kita, kita takkan pernah lari dari 2 musuh utama iaitu: Nafsu & Syaitan.

Pada zaman Nabi dulu,selepas pulang dari berperang iaitu Perang Tabuk, nabi mengatakan kepada umat Islam semua, "Wahai kaumku sekalian, lepas ni kita ada perang lagi...".
Salah seorangnya menjawab, "Perang ape lagi nabi? Kami letih baru balik dari perang yang paling payah ni."
Nabi menjawab, "Ada perang lagi...perang hawa nafsu namanya."

Oleh itu, untuk elakkan diri dari terpesong, maka kita perlu banyakkan zikir, tak secara lisan, dalam hati pun boleh dan perbanyakkan diri dengan hal- hal agama kerana tanpa agama siapalah kita. Waallahualam...

Posting ini diambil dari blog....http://islividish.blogspot.com/....

No comments:

Post a Comment