(: jom jadi sahabat MAWAR :)

jom turun~

jom turun~

Tuesday, June 9, 2009

Organisasi Sementara BMM

Menyedari peri pentingnya pengisian rohani di Kolej Mawar memandangkan senior2 ramai yang cuti, satu ‘Organisasi Badan Musolla Mawar Sementara’ telah dilantik bagi menyempurnakan dan melaksanakan kekosongan program kerohanian berkala di Kolej.

Alhamdulillah, beberapa orang pelajar baru telah dilantik menganggotai ahli ‘Jawatankuasa SEMENTARA BADAN MUSOLA MAWAR’. Adik-adik ini kami kumpulkan dan amanat tanggungjawab telah disampaikan oleh saya sendiri. Hati rasa berbunga dengan kehadiran pimpinan baru BMM yang suatu hari nanti bakal menguasai sendiri pimpinan original BMM.

“Adik-adik merupakan harapan untuk menaikkan nama Islam di kolej dan university. Menyampaikan agenda dan program kerohanian secara berkala merupakan salah satu identi kita. Bertepatan dengan logo BMM, Islam : Ukhwah dan Mawar, mengajak seramai mungkin sahabat untuk turun ke surau dan menyertai aktiviti kerohanian ini merupakan sasaran utama. Kami meletakkan harapan yang tinggi kepada adik-adik untuk terus istiqamah. Bilamana hampir keseluruhan diantara pimpinan akan bercuti sehingga akhir bulan June, kami mengambil inisiatif terbaik untuk melantik adik-adik yang terpilih ni menanggotai Jawatankuasa Sementara BMM.Ayuh, sematkan tekad!” kata-kata yang mampu saya lontarkan sarat dengan nasihat dan amanat walaupun tidak digarap dengan baik.

Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Musola Mawar Sementara yag telah disepakati oleh saya dan Kak Nurul. Alhamdulillah.

PENGERUSI :- NURISMA SYAHEEDA BT ISMAIL


NAIB PENGERUSI :- WAN NUR MAWADDAH WAN ABD RAHMAN


SETIAUSAHA :- NURUS SAKINATUL FIKRIAH MOHD SHITHPUTERA

BENDAHARI :- NUR SYAZWANI SHAN SHUL BAHARIN

IMAMAH 1 :- NORENY SHUHADA BT HAMDAN

2 :- ADILAH BT KAMAL AZIZI

3 :- NOR FATIHAH ZAKARIA

4 :- SITI NUR HIDAYAH BT ERWINSHAH

BIRO TAZKIRAH :- NURUL AIMI BT OSMAN

BIRO TEKNIKAL 1 :- LINA MAHIRAH BT ABDUL TALIP

2 :- WAN NUR ADDIBAH BT ADNAN


BIRO MUNAJAT :- NUR RUZAINI BT ROSLI


BIRO AL-QURAN :- NUR HAMIZAH BT HAMZAH




Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 104:-
Hendaklah ada diantara daripada kamu segolongan orang-orang yang menyeru kepada kebaikan, mengajak kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar.

Banggalah menjadi sebahagian daripada penerus kesinambungan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Subhanallahwalhamdulillahwalailahaillah..Allahuakbar!
p/s :- Bersatu hati, sematkan tekad!

No comments:

Post a Comment