(: jom jadi sahabat MAWAR :)

jom turun~

jom turun~

Wednesday, March 18, 2009

Kita dan Sejarah...

Bismillahirrahmanirrahim

Ya...kita punya 2 hari...2 hari yang pasti...
Semalam yang telah jadi sejarah...dan "hari ini" yang bakal mengukir sejarah...
Semalam menetukan kita "hari ini" dan "hari ini" menetukan kita yang esok...Kerap kali dalam doa kita "Ya Allah, jadikan lah hari ini lebih baik daripada semalam, dan jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini..."

Tapi, adakah tindakan kita mengkehendakkan sesuatu yang lebih baik untuk hari esok??
Semalam yang telah menjadi sejarah usah dikenang-kenangkan...seharusnya dijadikan IKTIBAR!!!!
Menjadi sinar untuk kemunculan mentari esok.....

Tapi apa yang cuba saya perkatakan di sini, adakah kita mengambil iktibar daripada sejarah lalu?Adakah kita menanti sinar yang bakal menerangi hidup di sebalik kegelapan semalam?Adakah...adakah...dan adakah...

Generasi kini (termasuk penulis) ramai yang tidak tahu tentang sejarah kita yang lalu...Bukan sejarah individu malah sejarah UMMAH!!!!

Tahukah kita bahawa suatu ketika dahulu, wilayah Islam seluas 2/3 dunia...suatu kejayaan umat Islam ketika itu dengan penuh keimanan,ketaqwaan dan aqidah yang kukuh bukan untuk meraih kebanggaan dan nama tapi kerana ALLAH...kerana risalah Islam dan Rasulullah SAW...

Namun, kejatuhan khalifah Islam yang terakhir pada 1924 telah membuktikan bahawa di manakah kita letakkan iman dan taqwa...di mana kita letakkan perpaduan ummah...di mana kita letakkan keutamaan kita??

Hakikatnya Melayu...hakikatnya kita telah "jatuh" sejak 1511 lagi...iaitu zaman di mana Portugis menyerang dan menjajah Melaka yang suatu ketika dahulu salah sebuah wilayah Islam yang giat menyebarkan dakwah Islamiah...(sejarah sekolah menengah)...sejak itu, kita terus dijajah sedikit demi sedikit...secara lahiriah yang terhasil daripada penjajahan minda...

Ketika Perang Salib, umat Islam payah dikalahkan...Hidup mereka adalah JIHAD...mati mereka adalah SYAHID!!!! Peninglah pihak musuh (tentera Salibiyah) memikir strategi..Betapa canggihnya peralatan mereka, betapa ramainya tentera Salibiyah...mereka tetap tewas...mati mahupun hidup, tentera Islam tetap menang...Jika hidup, mereka akn terus berjuang fisabilillah, jika mati, mereka syahid....

Akhirnya, Raja Louis ke-10 meninggalkan wasiat menyatakan bahawa umat Islam tidak boleh diperangi scr fizikal iaitu peperangan sebaliknya perangilah mereka melalui perang saraf....

Ini lah yang berlaku hari ini...generasi kita "membaratkan" diri mereka berbanding "megislamikkan" diri mereka...Berbeza ketika zaman dahulu di mana masyarakat "Mozarab" di Andalus di bawah pemerintahan khilafah Islam yang mengarabkan diri mereka kerana pengaruh Islam yang syumul ini...(topik dalam subjek TITAS)...

Baiklah...mari kita "review" sejarah kita.......

  • Biografi Sultan Abdul Hamid

BERSEMPENA 3 MAC: TARIKH KEJATUHAN KHILAFAH TERAKHIR

Siapa Sultan Abdul Hamid ke- 2?? Mungkin kisah tentangnya hanya kita kenali melalui kata-katanya yang terkenal ketika yahudi datang untk mendapatkan Palestin.. Tapi pernahkah kita kenali dia secara dekat dan lebih dalam? Siapakah dia? Macam mana kepimpinannya? Bagaimana pengakhirannya? Dll. Jadi dalam tulisan ini kita akan sama-sama layari mengenali serta menyingkapi peribadi yang digelar “khilafah terakhir” walaupun pada hakikatnya dia bukanlah khilfah terakhir.

Nama sebenarnya adalah Abdul Hameed Khan, dia dilahirkan pada 21 Sept 1842. Dia merupakan anak kepada Sultan Abdul Majeed dan ibunya meniggal dunia ketika dia berumur 7 tahun. Ketika ayahnya meninggal maka pak ciknya iaitu Abdul Aziz menjadi penggantinya. Kemudian pakciknya telah dibunuh dan digantikan oleh Sultan Murad (anak Sultan Abdul Aziz). Namun tidak lama selepas dilantik Sultan Murad telah dipecat kerana ketidak suaian dalam jawatan tersebut.

Akhirnya pada 21 Ogos 1876(1293H) Sultan Abdul Hamid telah dilantik menjadi Khalifah dan seluruh rakyat dan umat telah memberikan Baiah padanya. Umurnya ketika itu 34 tahun. Sejak awal lagi dilantik dia telah menulis dalam diarinya menyatakan dia berperasangka bahawa kematian pakciknya dan beberapa perubahan menteri dalam organisasi Kerajaan Othmaniyyah ada kaitan dalam menjatuhkan Kerajaan Islam.

Dia telah menjadi khilafah selama 30 tahun dan dalam tempoh tersebut pelbagai masalah yang dihadapi samada luaran atau dalaman, peprangan, konspirasi. Atas tekanan yang amat dalam tempoh pemerintahannya Sultan Abdul Hamid telah menulis dalam diarinya:


Ya Allah aku mengetahui bahawa Kau merupakan Al Aziz.. dan tiada yang lain selain Engkau

Ya Allah ambillah tanganku ini dalam menempuh masalah yang susah ini

Ya Allah bantulah aku dalam situasi yang sangat genting ini..


Antara masalah yang dihadapi oleh Sultan Abdul Hamid:-

a.Masalah dalaman

1.1 Sultan Abdul Hamid telah dapat mengesan bahawa pembuagan pakciknya (Sultan Abdul Aziz)dari jawatan khalifah ada kaitan dengan ketua menterinya iaitu Midhat Pasha. Namun masalah timbul kerana Midhat Pasha merupakan seorang yang mempunyai sokongan yang kuat dan mempunyai suara mejoriti dalam syura. Sultan Abdul Hamid telah menggunakan beberapa taktik yang akhirnya membawa kepada dihantarnya Mahmat Pasha ke eropah setelah dibuang Negara.

1.2 Sultan Abdul Hamid juga dapat kesan bahwa selah seorang ketua dewan menterinya yang juga antara panglima tenteranya iaitu Awni Pasha terlibat dalam menerima sogokan dari British dan juga turut terlibat dalam menjatuhkan pakciknya (Sultan Abdul Aziz). Awni Pasha juga telah memaksa Othmaniyyah terlibat dalam peperangan Bosnia supaya Russia, England, Austria- Hungary, Serbia, Montenegro, Italy dan France akan menyerang Othmaniyyah. Dia juga telah menipu Sultan Abdul Hamid bahawa Othmaniyyah mempunyai 200,000 askar yang sebetulnya hanya mempunyai 30,000 askar untuk melawan lebih dari 300,000 askar musuh. Akhirnya sikap Awni Pasha diketahui umum dan dia telah dibawa ke mahkamah atas mempunyai hubungan dengan British.

1.3 British dan Perancis masih takut dengan Kerajaan Othmaniyyah kerana mereka mempunyai semboyan Jihad. Jadi mereka merancang menggunakan taktik pecah dan perintah. Mereka telah menyalurkan bantuan kewangan pada Golongan Belia Turki dan Arab. Apabila golongan ini bertambah kuat maka British dan Perancis tidak perlu melakukan apa-apa kerana golongan ini yang akan menjalankan tugas. Golongan belia ini telah membangkitkan semangat nasionalis yang akhirnya membuatkan golongan arab, Kurd, Amenia serta bangsa-bangsa lain melaungkan semangat nasionalism. Umat Islam ketika itu lebih mempunyai semangat bangsa mengalahkan semangat menjaga Kerajaan Islam dan ketika itulah bermulanya titik kejatuhan Othmaniyyah. Akhirnya arab telah meminta bantuan British dan Perancis menghadapi Othmaniyyah kerana mereka merasakan dijajah oleh bangsa lain. Namun setelah itu British dan Perancis telah khiyanat dan menjajah Negara Arab sendiri.

b. Maslah Luaran

2.1 Sultan Abdul Hamid telah mendapat kesan bahawa fahaman komunis telah semakin kukuh di Russia maka ianya memberi ancaman kepada daerah Balkan yang berada di sana. Pada ketika itu Balkan menghadapi dua ancaman, satu dari Russia dan satu lagi dari Austria. Maka Sultan Abdul Hamid telah mengambil keputusan untuk menyedarkan Balkan terhadap ancaman ini dan membuat persetujuan dan Balkan untuk menghantar bantuan. Namun ketika persetujuan ini tiba di peringkat terakhir, Bakan mengambil tindakan derastik dengan memohon untuk berpisah dengan kerajaan Turki Othmaniyyah.

2.2 Pada tahun 1901 seorang pemilik bank yang berbangsa yahudi Mizray Qrasow telah mengadakan lawatan ke Turki. Dalam lawatan tersebut dia telah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid dan menawarkan padanya:

1. Membayar semua hutang Turki Othmaniyyah

2. Membina bangunan Tentera Laut Kerajaan Othmaniyyah

3. 35 mil. Emas Leera tanpa interest untuk membantu kerajaan Othmaniyyah

Sebagai tukar gantinya Mizray Qrasow minta:

1. Kelulusan untuk membenarkan yahudi duduk di Palestin pada bila-bila waktu dan tinggal di sana selama mana mereka mahu atas tujuan menziarahi tanah suci

2. Kelulusan untuk membenarkan yahudi membina penempatan iaitu rumah berdekatan dengan Baitul Maqdis.

Sultan Abdul Hamid telah menolak permintaan tersebut dengan mengatakan:

“Hutang Othmaniyyah bukanlah satu benda yang memalukan kerana Perancis turut mempunyai hutang yang sangat banyak namun ia tidak menggugat Negara tersebut. Aku rasa lebih malu untuk menjual tanah (yang telah diambil oleh Ibn Khattab) kepada yahudi dan menzalimi amanah serta kepercayaan seluruh umat padaku. Simpanlah duit itu wahai yahudi! Kami tidak akan meletakkan diri kami di dalam Istana yang dibina dari kocek musuh Islam”

Tidak lama setelah itu Pengasas Gerakan Zionis Antarabangsa, Theodor Hertzil meminta untuk bertemu dengan Sultan Abdul Hamid. Namun permintaan tersebut telah ditolak serta Sultan Abdul Hamid meminta Ketua Menterinya menyampaikan pesanan bahawa :

” Berhentilah kau dari projek ini, aku tidak berhak untuk memberikan walau sedikit dari tanah suci ini kerana ianya milik kesuluruhan umat Islam. Umat Islam yang telah berjihad untuk tanah ini dan dia telah mencurahkan darah mereka di sini. Yahudi mungkin boleh menyimpan duit mereka berbilion. Namun jika suatu hari nanti khilafah jatuh, maka mereka boleh mengambil tanah suci ini tanpa bayaran. Tetapi selagi aku hidup! Aku lebih sanggup ditikam dengan pedang daripada menjual tanah suci ini. Ini adalah suatu benda yang tidak logic! Aku takkan menikam diri sendiri selagi aku hidup.”


Disebalik semua masalah ini, Sultan Abdul Hamid sebenrnya telah membangunkan Kerajaan Othmaniyyah:-

  • Pada awal pemerintahan Sultan Abdul Hamid Kerajaan Othmaniyyah menanggung hutang sebanyak 2528 million emas Lera namun ketika dia dipecat hutang itu talah menjadi 106 million emas Lera iaitu 1/20 daripada hutan asal. Tetapi khalifah selepas itu telah menaikkan hutan itu sebanyak 1300%.
  • Membina pelbagai kemudahan awam seperti Pasar Hamedi, Istana Alazm di Damascus. Dia juga membina pelbagai masjid, pasar , tempat mandi awam, dan Hospital

  • Dari sudut pendidikan, dia cuba menandingi eropah dari segala sudut pendidikan namun gagal kecuali dalam dua bidang iaitu kedoktoran dan juga ketentaeraan. Pada ketika itu tentera darat Othmaniyyah diletakkan sebagai yang terkuat di dunia dan tentera lautnya ketiga terkuat selepas England san Perancis.
  • Pada ketika itu di Mesir Syria dan Iraq ada lebigh 1300 jenis surat khabar dan majalah bagi membina pemikiran umat.
  • Antara yang member sumbangan dalam mengahadapi hutang tersebut adalah dengan pembinaan talian faks antara Yaman Hijaz Syria Iraq Turki India. Dia mendapat untung setelah dua tahun digunakan kerana banyak digunakan oleh jemaah haji.

Sebagai tindak balas pada pembangunan ini Eropah telah membuat beberapa perkara:

  • Menggunakan golongan minority kristian di Negara Islam untuk menghasilkan kekecohan dan ketidak stabilan dalam Negara.
  • Mereka telah membina banyak gereja dan sekolah di Negara-negara Islam dengan harapan dapat menarik umat Islam dari ajaran Islam.
  • Menerbitkan banyak surat khabar dan majalah bagi mempromosi budaya barat serta meracuni pemikiran umat.
  • Mewujudkan suasana kucar kacir dalam kerajaan dengan membahagi tugasan sesama meraka dengan bantuan kewangan pada golongan pemberontak. England membantu Druz, Perancis membantu golongan pemberontak di Lubnan dan kedua-dua kuasa besar ini terlibat dalam peperangan menghadapi tentera Othmaniyyah.

Sultan Abdul Hamid kemudian sedar dalam mengahadapi ancaman barat semua muslim perlu bersatu di bawah satu payung, jadi dia telah merancang beberapa perkara berobjektifkan menyatukan umat Islam:

1. Dia Berjaya menyatukan penduduk muslim India dan Pakistan yang akhirnya memberi ancaman pada British. Perkara yang sama berlaku di Russia dan Southern USSR.

2. Membina rel keretapi menghubungkan semua Negara Islam yang akhirnya membuat ramai penduduk merasakan kesatuan dan kebersamaan tersebut.

3. Dia melancarkan kempen berselogankan penyatuan umat di seluruh Negara dengan menjemput ramai pemimpin dari Negara Islam termasuklah Indonesia , Afrika dan pelbagai lagi. Namun Barat dapat menghidu perancangan ini lalu mereka menawan Negara Islam yang jauh dari Othmaniyyah. Meraka hantar Belanda ke Indonesia, Perancis ke Tunnesia, British ke Mesir dan juga Negara-negara Islam lain termasuk Tanah Melayu.

Sultan Abdul Hamid merasakan tekanan ini sehingga dia menyatakan di dalam diarinya bahawa dia mersakan sebuah dinding yang sangat besar sedang jatuh padanya. Dia juga menyatakan bahwa dia merasakan keseorangan dalam menghadapi ancaman ini.

Akhirnya, pada tarikh 27 April 1909, 240 ahli senat Othmaniyyah menyatakan bahawa meraka menghadapi tekanan amat sangat daripada Golongan Belia Turki supaya memecat Sultan Abdul Hamid. Salah seorang ahli dewan senat Sheikh Hamdi Affandi Mali megeluarkan fatwa yang dipersetujui oleh semua ahli dewan senat:

“Jika seorang Khilafah mengambil remeh masalah agama, menggunakan duit kerajaan dengan sewenang-wenangnya, disabit dengan kesalahan hukum Islam dengan membunuh orang, menangkap orang tanpa sebab kemudian berjanji untuk tidak melakukan lagi namun melakukan kesalahan yang sama serta mengancam kesalamatan seluruh umat Islam di seluruh dunia maka Khalifah tersebuat hendaklah disingkirkan dari pejabatnya. Jika ketiadaannya member maslahat yang lebih maka dia mempunyai dua pilihan, samada dibuang atau meletakkan jawatan dengan serta merta.”

Sheikhul Islam Mohammed Dia’ Aldin Affandi

Di atas fatwa ini maka Sultan Abdul Hamid telah dibuang dari pejabatnya setelah enggan meletak jawatan. Kerajaan telah menghantar 4 orang wakil: Aref Hikmat, Aram Afandi (Armania) Asa’d Tobatani dan Emanuel Qrasow(yahudi) kepejabatnya bagi memaklumkan fatwa ini. Ketika tiba di pejabat khalifah, Aref Hikmat membacakan fatwa tersebut dan Asa’d Tobatani pergi kehadapan Sultan Abdul Hamid dan menyatakan “Umat telah menghalau kamu dari pejabat ini”, Abdul Hamid kelihatan sangat marah lalu menyatakan “Jika umat telah memecat aku, aku tidak kisah! namun kenapa kau bawa si yahudi ini ke pejabat Khalifah?!” .

(Buku yang memburukkan nama sultan Abd Hamid)

Setelah dia dipecat banyak penulis buku memburuk-burukkan namanya. Dan tidak lama selepas itu semua perkara yang dijangkakan oleh Sultan Abdul Hamid terjadi iaitu Perang Dunia Pertama dan kemuncaknya kejatuhan khilafah pada 1924 oleh salah seorang pemimpin Gerakan Golongan Belia Turki( yang menjatukan Sultan Abdul Hamid) iaitu Mustafa Kamal .

PENGAJARAN:

1. Golongan yang menjatuhkan Sultan Abdul Hamid adalah golongan BELIA Turki.

2. Kita tidak mampu untuk berkerja seorang diri.

3.Diharap anda sendiri yang menyatakannya.


P/S : Dalam perniagaan, kerugian dan keuntungan jualan yang sebelumnya tidak dibiarkan sahaja, sebaliknya dikira dan dianalisis supaya jualan yang seterusnya menjadi lebih baik. Setiap stok, debit kredit kewangan, ambilan, belian dan sebagainya mesti diambil kira dan direkodkan untuk mengelakkan "kehilangan"...

Jika dalam perniagaan kita boleh menjadi analitik, bagaimana pula dalam kehidupan kita...Analisis la kehidupan sehari-harian kita...

Wallahualam... Jika ada kesilapan dalam posting, harap dapat dimaklumkan...

Sekian..terima kasih...

No comments:

Post a Comment