(: jom jadi sahabat MAWAR :)

jom turun~

jom turun~

Saturday, March 14, 2009

2 hari

Dalam banyak-banyak hari, terdapat dua hari yang kita tidak perlu risau. Iaitu hari ‘Semalam’ dan hari ‘Esok’.


Semalam merupakan perkara yang telah berlaku. Semalam merupakan perkara silam. Semalam tidak boleh diubah.Walau apapun yang kita lakukan, kita tidak dapat berpatah balik kepada Semalam. Ianya tinggal sejarah. Walau kita menangis atau membayar segunung emas, kita tetap tidak akan berpatah balik. Walau betapa risau kita terhadap sesuatu perkara, kita tetap tidak akan kembali kepada masa lepas hatta seminit yang lalu.



Esok pula merupakan perkara yang disebaliknya. Ianya diluar jangkaan kita. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Segalanya mungkin boleh dirancang tetapi tidak semestinya ianya menjadi kenyataan. Kita boleh membayangkan kehidupan yang lebih baik, tetapi ianya masih belum lagi terjamin dan menjadi realiti. Hatta mencongak masa depan seminit daripada sekarang tidak termampu kita lakukan. Jadi tiada guna kita merisaukannya.



Tapi kita mempunyai ‘Hari Ini’.Ianya sedang berlaku. Ianya sedang berjalan. Sudah semestinya Hari Ini boleh diubah. Ianya boleh dijangkakan. Ianya belum lagi menjadi sejarah dan yang pasti Hari Ini adalah suatu realiti. Masa sedang berputar dan kita berada dalam ruang waktunya. Segalannya mungkin dalam waktu ini. Jadi mengapa risaukan Semalam yang tidak dapat dikembali dan Esok yang tidak dapat dijangkakan. Anda mempunyai waktu sekarang.



Jadi hargainya. Ambil tindakan dan mula bertindak!

No comments:

Post a Comment