(: jom jadi sahabat MAWAR :)

jom turun~

jom turun~

Monday, January 2, 2012

::Bedah Lagu::

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... 

diberi peluang oleh Allah untuk bersama-sama sahabat-sahabat di Surau Mawar :)

Agenda semalam adalah "BEDAH LAGU NASYID"

lagu yang dipilih adalah seperti dalam video kat bawah ni:
nasyid dari kumpulan saujana..
maka hayatilah bersama-sama..


Permulaan kami diperdengarkan lagu ni dan sambil menghayatinya..

Akhirnya, kak Ngah sebagai moderator meminta
sahabat-sahabat menghuraikan maksud disebalik lagu ni..
Alhamdulillah,
pelbagai jawapan/pandangan yang sahabat-sahabat berikan..

terima kasih sahabat atas perkongsian..

p/s: lepas ni kita 'bedah nasyid' lain pulak..

terima kasih kepada sahabat-sahabat yang hadir..
teruskan ISTIQAMAH menghadirkan diri ke teratak ini..
teratak ini RINDUkan sahabat-sahabat..
Moga Allah meredhai sahabat-sahabat..

pesanan akhir untuk kali ini ;)

Carilah sahabat yang soleh dan solehah.
  •  jangan hanya pilih kawan yang kaya dan bijak, sebaliknya carilah kawan yang bijak dan beragama nescaya dapat membimbing kita menjadi anak soleh dan pelajar cemerlang.
  • carilah sahabat yang baik akhlaknya,agar kita juga menjadi seperti dia.
  • untuk mendapatkan kawan jenis ini, anda boleh berjumpa dengan mereka di surau dan masjid. Kerana mereka yang solat berjemaah di surau adalah mereka yang taat beragama dan dekat dengan Allah. Maka berkawanlah dengan mereka. Nescaya anda akan beruntung.
  • jadilah seperti lebah yang mencari madu, jangan menjadi seperti lalat yang hanya mencari najis kotor.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”



...Salam Kasih Sayang... 

1 comment:

  1. lepas nie kita tubuhkan TV "Teratak coklat"...ermm..bunyi sepert menarik..

    ReplyDelete