(: jom jadi sahabat MAWAR :)

jom turun~

jom turun~

Monday, December 26, 2011

::jagalah AURAT::


Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah berpeluang untuk update blog yang sekian lame sudah usang ni..

hari ini insyaAllah, saya akan datangkan satu kisah...

kisah ni berlaku pada minggu lepas.. Ketika tu saya dan rakan sekelas baru balik dari kelas. masa ketika tu hampir pukul 6 ptg. Ketika tu kami tetiba rasa nak makan ais-krim dan belilah ais-krim rm1 kat cafe. 

Lepas dapat ais-krim tu, kami pun cari la port untuk menikmati ais-krim yang best tu..hehe.. tengah kami seronok-seronok makan, tetiba tersentap dengan sesusuk tubuh manusia.. Allah! itulah perkataan pertama yang keluar di mulut kami.  Kami mula memerhatikan mata-mata lain di sekitar kami.. mereka yang lain turut seperti terkejut dengan susuk tubuh tu... 

di hati saya merasa sangat-sangat terkejut dengan ini... Astaghfirullah..
Oh! wanita~

[gambar ini diambil bukan untuk mengaibkan, sekadar pengajaran]

mungkin ini lah yang dimaksudkan dalam hadis
bertudung tapi bertelanjang?
Wallahu'alam..

Aurat berasal daripada bahasa Arab, Aurah yang bererti kurang. 
Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang 
wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. 

(Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Syarat-syarat menutup aurat:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
perempuan: semua tutup kecuali muka+tapak tangan (di kawasan awam)

2. Pakaian yang longgar.

3. Pakaian yang tidak jarang.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

6. Tidak bertabarruj.

sekian dulu.. nanti sambungan tentang aurat ada lagi~

1 comment:

  1. Assalamualikum,
    maaf saya nak tanya pendapat sahabat
    adakah bawah dagu juga aurat?
    kerana saya perhatikan terdapat muslimah yang menutup dan ada juga yang tidak..
    sekian,wasalam..

    ReplyDelete