(: jom jadi sahabat MAWAR :)

jom turun~

jom turun~

Sunday, September 6, 2009

Bulan Penuh Keberkatan..


Dari Abu Huriarah ra. katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Setiap amal anak adam dilipat gandakan pahalanya. Satu macam kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
"Selain puasa; kerana puasa itu untuk KU. Aku akan memberi pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya kerana KU. Dan bagi orang yang puasa ada 2 macam kegembiraan: pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."
(Terjemahan Hadis Sohih Muslim oleh Ma'mur Daud, Jilid 2, Halaman 263.)


"Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satupun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satupun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, 'Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam."
((HR Tirmizi, Kitab as-Saum, Bab Ma Ja' Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618.

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة,وغلقت أبواب النيران,وصفدت الشياطين
Apabila datang bulan Ramadhan,telah dibuka pintu-pintu syurga,telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan
HR Bukhari: 3277,Muslim:1079

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم منذنبه
Barangsiapa yang berpuasa ramadhan penuh dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah,maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.
HR.Bukhari dan Muslim

No comments:

Post a Comment