(: jom jadi sahabat MAWAR :)

jom turun~

jom turun~

Saturday, June 27, 2009

UMAT ISLAM MERINDUIMU..!



13 June 2009 - Pesanan mesej yang cukup ringkas daripada seorang sahabat cukup untuk meruntun jiwa bagi menerima satu lagi kehilangan penting dalam dunia Islam. Masih segar di ingatan penulis buku fikrah yang pertama sekali dibaca, dihadam dan masih dalam usaha menyempurnakan segala tuntutan dan amalan hasil karangan arwah yang sememangnya menjadi rujukan utama oleh kumpulan-kumpulan usrah – Apa Ertinya Saya Menganut Islam? Arwah Dr. Fathi Yakan pergi meninggalkan kita dalam keadaan kita masih memerlukan lagi khidmat dan sumbangan arwah bagi sama-sama menegakkan lambang dan syiar Islam, bukan sahaja di Malaysia, tetapi merata di seluruh muka bumi Tuhan

Kini arwah pergi meninggalkan kita. Buat selama-lamanya. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat arwah. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.


Sedikit berkenaan latar belakang arwah Dr Fathi Yakan Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50-an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60-an. Beliau telah menjawat ketua umum dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.



Pada tahun tersebut, beliau telah bertanding dan memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal pada kerusi tersbut sehingga pada tahun 1996. Kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau juga telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan di antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.


Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku kesemuanya.
AL-FATIHAH..

No comments:

Post a Comment