(: jom jadi sahabat MAWAR :)

jom turun~

jom turun~

Monday, April 13, 2009

Final dah DEKAT....

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari berganti hari, detik yang berlalu, saya masih lagi di sini... Dapat menghirup udara yang mengandungi pelbagai komposisi atom, menikmati pemandangan dan anugerah Ilahi... Alhamdulillah Ya Allah, saya masih diberi peluang untuk menambah pahala diri yang kian diberati dengan debu-debu dosa yang melekat di hati... Sedaya upaya saya cuba untuk memulakan penulisan yang tak seberapa ni dengan kalimah suci Allah... mohon diri diperjauh daripada segala unsur riak mahupun perkara-perkara yang tak sepatutnya diluahkan...

Hmmm...semester Dis-Mei 2009 hampir menutup tirai... Jadual-jadual peperiksaan yang telah ditampal di papan-papan kenyataan fakulti mahupun secara maya di laman web mengingatkan kita tentang hari yang mana segala yang kita pelajari berbulan-bulan bakal dimuntahkan kembali di atas helaian-helaian kertas....

Kata-kata "Good Luck", "Semoga Berjaya", "All the Best" mahupun "Bittaufiq wannajah lil imtihan" sering kali diucapkan...

Pada masa yang sama, sering kali juga kita diucapkan dengan kata-kata "Awak pandai, mesti boleh skor...". Apakah yang sepatutnya kita lafaz semula? Kebiasaanya, "Eh, taklah...biasa jer"..."Saya tak adalah pandai sangat...biasalah..yang senang-senang boleh la "....

Ucapan-ucapan tersebut merupakan doa ke atas kita...Seharusnya "Amin...InsyaAllah...moga diperkenankan Allah..."

Emm...itu adalah fenomena-fenomena biasa dalam kehidupan seharian kita...Tetapi bukan setakat itu sahaja, malahan fenomena yang menjadi dominan apabila peperiksaan akhir semakin hampir adalah HISTERIA!!!!

Apabila musim peperiksaan tiba, mulalah Ustaz Amin semakin sibuk dengan tugasan-tugasan 'luar'...

“Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.
Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, pula berkata masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang terhadap perkara mistik dan karut marut, namun ia sebenarnya disebabkan masalah psikologi serta tekanan perasaan. “Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja,” katanya. http://bambang.smsselangor.com/2008/08/histeria-gangguan-jin-atau-masalah.html


Melalui satu perbincangan dengan seorang sahabat yang saya ringkaskan dan simpulkan, ada pendapat pengkaji-pengkaji non-muslim terutamanya mengatakan bahawa tak de istilah 'dirasuk'... Kejadian histeria terutamanya apabila dikatakan mangsa berkata-kata seolah-olah bukan dirinya sendiri (meracau) adalah disebabkan oleh keecelaruan minda. (split personality) apabila minda tak mampu dikawal. Namun, kita sebagai seorang muslim wajib mempercayai kewujudan makhluk-makhluk lain yang tidak dapat dilihat secara mata kasar. Jika kita perhatikan golongan yang kerap dikaitkan dengan histeria adalah Melayu Islam. Firman Allah dalam surah an-Nisaa' ayat 119 [4:119]



Jadi, sahabat saya mengatakan, tidak perlulah syaitan dan jin nak mengganggu golongan non-muslim...terang-terangan mereka tidak beriman kepada ALLAH. Hal ini kerana, jika seseorang dirasuk, kita lihat implikasinya kepada diri dia sendiri mahupun orang lain secara mentalitinya, "Jumpa bomoh sekian...sekian..."... Sepatutnya kita seharusnya beramal dengan ayat-ayat Al-Quran dan mempertingkat ibadah serta memperkukuhkan lagi aqidah kita. [link1]

"

Penjelasan saintifik mengenai histeria dikatakan berpunca daripada simptom fizikal seperti paralisis yang disebabkan kecelaruan fikiran.

Apa kaitannya pula dengan suara keras dan garau seperti seorang lelaki dewasa oleh pelajar perempuan mangsa histeria dengan ‘teori’ kecelaruan fikiran?

Histeria memang dijelaskan dalam ensiklopedia perubatan sebagai gangguan mental akibat tekanan dengan menyebabkan simptom paralisis dan sebagainya.

Namun jika dikatakan ada sesetengah kes yang disebabkan gangguan makhluk halus, maka ia harus dipertimbangkan dengan akal sebagai seorang Muslim dan mempercayai kewujudan makhluk selain manusia yang menghuni dimensi ghaib seperti diceritakan dalam al-Quran.

Walau apa pun pertimbangan kita terhadap kejadian histeria di SMK Tanjung Lumpur, ia tidak wajar menjadikan kita lebih takut terhadap sesuatu selain Maha Pencipta Yang Berkuasa. " kosmo online http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm


Di sini saya senaraikan antara faktor-faktor histeria melalui pengalaman, ceramah, perkongsian dan lain-lain sumber....

  • Kurangnya membaca Al-Quran - (Bacalah Quran...jadikan amalan...bukan setakat surah Yaasin...Al-Quran panduan kita. Kalau kita nak menghadapi peperiksaan, buku adalah teman sejati, tidak sedarkah kita bahawa setiap detik yang berlalu adalah ujian akhirat kita??) Ada sahabat saya pernah beritahu, dalam satu kes histeria, jin yang merasuk mangsa menegur kesalahan bacaan al-Quran ustaz/ustazah yang mengubat mangsa... Jadi di mana kita???
  • Melakukan perkara-perkara kebiasaan oleh 'golongan' tersebut. Contohnya, kotor (tuala wanita terutamanya yang kotor) dsb. (Melalui satu pengalaman berhadapan dengan kes histeria, apabila ditanya mengapa mengganggu mangsa, "dia yang 'panggil' " katanya...)
  • Pakaian yang terlalu seksi - Melalui perkongsian dengan seorang lagi sahabat saya yang mempunyai pengalaman berhadapan dengan kes histeria, apabila ditanya mengapa mengganggu mangsa: "dia pakai seksi..." ... Sebenarnya saya tak berapa ingat ayat sahabat saya tu, tapi apa yang dapat saya simpulkan adalah apabila ditanya, 'benda' tu menerangkan ciri-ciri mangsa yang seksi tu... Tak takut ke kita? Bukan dengan 'mereka' tetapi ALLAH? Tidak malukah kita apabila berpakaian seksi walau di mana sahaja? sedangkan ALLAH MAHA MELIHAT dan sentiasa mengawasi hamba-hambaNYA??? Kaum lelaki pun tergugat diri mereka jika melihat wanita seksi, apatah lagi golongan 'mereka'... Sesungguhnya wanita adalah fitnah terbesar lelaki...Janganlah libatkan diri anda dalam kemaksiatan iaitu melakukan dosa...Tidak menjaga aurat adalah dosa. Jagalah mahkota diri anda wahai wanita-wanita sekalian...Jagalah...Jagalah untuk insan yang di mana syurgamu di bawah telapak kakinya...
  • Menjerit - Wanita mempunyai gelombang suara yang berbeza dengan lelaki. Wanita mempunyai frekuensi suara yang tinggi (betulkan jika salah)... Apabila menjerit, sampai satu tahap, frekuensi kita sama dengan frekuensi mereka, mudahlah laluan 'mereka' untuk merasuk... Ini melalui perkongsian dengan seorang sahabat. Jadi wahai wanita-wanita, gadis-gadis mahupun sesiapa sahaja, janganlah menjerit-jerit sampaikan orang di blok lain pun boleh dengar... Sekarang teknologi semakin canggih, ptptn dan biasiswa pun semakin tinggi, telefon bimbit pula lebih canggih daripada golongan professional, maka gunakanlah teknologi itu sebaik-baiknya...
  • Lemah semangat - apabila kita lemah semangat, keadaanya juga hampir seperti faktor di atas. Kita manusia dijadikan Allah lebih tinggi darjat daripada golongan 'mereka'. Apabila Nabi Adam diciptakan, iblis ingkar suruhan Allah untuk sujud kepada Nabi Adam.
Melalui pengalaman juga di mana ketika itu kejadian histeria agak berleluasa, apabila mangsa ditanya ada ke dia stress on something, dan akhirnya jawapan yang diterima membuktikan kenyataan di atas, mangsa terlalu memikirkan kejadian histeria yang berlaku sebelumnya... Jadi wahai sahabat-sahabat sekalian, jaga diri anda....




"Jagalah Allah, Allah akan menjaga dirimu..."

Banyak lagi faktor-faktor lain hakikatnya... Di sini, bukan saya hendak menakutkan atau menggentarkan sesiapa kerana hanya Allah yang layak untuk ditakuti. Seharusnya kita sama-sama jadikan iktibar... Hal ini kerana terlalu sinonim histeria dengan musim peperiksaan. Apabila histeria berlaku, bacaan Yaasiin setiap level diperhebatkan, bacaan Quran diperbanyak, solat dijaga, dan lain-lain... Seharusnya itu menjadi amalan kita setiap hari..

Apa yang kurang adalah kelemahan diri saya dan yang baik adalah daripada ALLAH...

SELAMAT MAJU JAYA DALAM KEHIDUPAN ANDA DUNIAWI & UKHRAWI!!!!



Jika ada kesalahan atau pembetulan, sila emelkan terus kepada saya : ctfatimah_mech@yahoo.com atau fatimahzahraa.blogspot.com



No comments:

Post a Comment